PELAKSANAAN ENAKMEN HOTEL PERAK 2023 DI MAJILIS DAERAH TAPAH ENAKMEN HOTEL PERAK 2023 TELAH DIWARTAKAN PADA 20 JULAI 2023.
PELAKSANAAN PELESEN ENAKMEN HOTEL PERAK 2023 DI MAJLIS DAERAH TAPAH BERMULA PADA 1 JANUARI 2024.

DI BAWAH "ENAKMEN INI" TAFSIRAN HOTEL ERTINYA MANA-MANA PREMIS:-

i) Di mana orang diberi tempat menumpang, bermalam atau berlindung untuk apa-apa jenis sewa atau ganjaran bagi apa-apa jua tempoh dan masa.

ii) Di mana bilik-bilik didiami oleh pemunya, penerima pajak, penyewa utama, penghuni atau pengurus premis itu untuk kegunaan domestik bagi orang yang diberi tempat menumpang, bermalam atau berlindung

iii) Termasuklah asrama, motel, rumah tumpangan, rumah pemalaman, rumah tetamu, rumah bot, homestay, tapak perkhemahan atau kenderaan yang digunakan sebagai tempat menginap yang berbayar.

MELALUI PERJUMPAAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN (MMK) BILANGAN 2134 TELAH BERSETUJU UNTUK MENGENAKAN LESEN HOTEL KEPADA SEMUA TAFSIRAN HOTEL SEPERTI YANG DINYATAKAN DALAM ENAKMEN DAN KUTIPAN CAJ PERKHIDMATAN SEPERTI HURAIAN BERIKUT:

i) Kandungan Peraturan Hotel Perak 2024 di seragam kan seluruh BORANG PENDAFATARAN Negeri Perak

ii)Tarikh kuatkuasa Peraturan Hotel Perak adalah bermula 1 Jun 2024

iii) Kadar Caj Perkhidmatan Tempatan adalah sebanyak RM3 dan dibayar di kaunter hotel semasa daftar masuk

iv) Tempoh pemutihan lesen hotel adalah selama 1 tahun bermula 1 Jun 2024 sehingga 31 Mei 2025

Perlukan bantuan kami? Sila dapatkan maklumat di sini

1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
  • Majlis Daerah Tapah
    Jalan Stesyen, 35000 Tapah, Perak Darul Ridzuan

  • 05-4011 326
  • 05-4012 288
  • mdt[at]mdtapah[dot]gov[dot]my
logoiso1@mdtapah2024
logoiso2@mdtapah2024
Polisi Jabatan
Pautan Kerajaan
Paparan & Statistik Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozila Firefox, Chrome atau Edge yang terini. Kemaskini : 12/08/2024 | Jumlah Pelawat : 4953558

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Tapah

Muat Turun Borang