Majlis Daerah Tapah ( MDT ) telah ditubuhkan pada 01 September 1979 dan diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Perak No. PK.PU. 89/24.11.1979 dengan keluasan 179,078.80 hektar. la merangkumi kawasan di kiri dan kanan laluan utama dari sempadan Majlis Daerah Kinta Selatan hingga ke Trolak dan 10 rantai di kiri dan kanan jalan Sungkai/ Kampung Menderang, Sidor/Teluk lntan, Tapah/Cameron Highlands dan Temoh/Teluk lntan.Sebelum Majlis Daerah ditubuhkan, Daerah Satang Padang ini ditadbir dan diuruskan oleh beberapa Lembaga Sandaran serta Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan.
Kawasan-kawasan yang dimasukkan di bawah pentadbiran MDT setelah berkuatkuasanya pengwartaan tersebut ialah:-
Kawasan ini telahpun digezetkan dalam Plan Warta Daerah Tapah dan merupakan kawasan yang mempunyai potensi untuk diperluaskan.
Kawasan ini merupakan kawasan di mana Majlis menjalankan aktiviti-aktiviti sepenuhnya mengikut kehendak Akta. Kawasan ini mempunyai keluasan 53.58 hektar.
Kawasan ini merupakan kawasan kampung-kampung Tradisional yang dikecualikan daripada bayaran cukai taksiran akan tetapi perkhidmatan Majlis diberi mengikut kemampuan. Bilangan kampong-kampung tradisional di dalam kawasan Majlis ini ialah 44 buah.
Majlis Daerah Tapah mempunyai beberapa jabatan dan unit yang memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Seorang Ketua Jabatan dilantik mengikut perjawatan untuk mengawal dan mengawasi kakitangan bawahan mereka. Jabatan/Unit yang berkaitan adalah:
1. Pejabat Yang Dipertua
2. Jabatan Perancangan, Pembangunan dan Landskap
3. Jabatan Perbendaharaan
4. Jabatan Kejuruteraan
5. Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
6. Jabatan Khidmat Pengurusan
7. Unit Pelesenan dan Sewaan
8. Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Utara
9. Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Selatan
10. Jabatan Penguatkuasaan
Majlis Daerah Tapah
Jalan Stesyen, 35000 Tapah, Perak Darul Ridzuan
CERTIFIED TO ISO 9001:2015
CERT.NO : QMS 03996
Hakcipta Terpelihara © 2025 Majlis Daerah Tapah