Sistem Pengurusan Kualiti
MS ISO 9001:2015

Dasar Kualiti
“MDT komited dalam penyediaan dan penyampaian perkhidmatan perbandaran secara cekap dan berkesan sejajar dengan peranan sebagai pihak berkuasa tempatan. MDT akan memastikan kepuasan pelanggan serta pihak berkepentingan sentiasa ditingkatkan menerusi pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti.”
Pensijilan MS ISO 9001:2015 MDT
International Organization for Standardization (ISO) adalah sebuah badan yang menetapkan piawaian antarabangsa yang merangkumi pelbagai bidang, termasuk ISO 9001 yang berkaitan dengan sistem pengurusan kualiti. ISO 9001 memberikan keperluan asas yang perlu dipatuhi oleh sesebuah organisasi untuk memastikan penyediaan perkhidmatan atau produk yang memenuhi kehendak pelanggan dan meningkatkan kepuasan pelanggan secara berterusan.

Majlis Daerah Tapah (MDT) sentiasa komited dalam memenuhi keperluan MS ISO 9001:2015, yang telah dilaksanakan sejak tahun 2023. Pematuhan kepada standard ini menunjukkan usaha MDT untuk terus meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kualiti dengan memberi fokus kepada penyampaian perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan memenuhi kehendak pelanggan. MDT juga berusaha untuk memastikan semua prosedur dan operasi organisasi berjalan dengan cekap dan berkesan, selaras dengan prinsip-prinsip yang digariskan dalam ISO 9001.
Skop Pensijilan

Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan bagi Majlis Daerah Tapah merangkumi Perkhidmatan Utama dan Sokongan Kerajaan Tempatan.

Perincian skop pelaksanaan di atas adalah merujuk kepada prosedur-prosedur yang telah dibangunkan.

Di samping itu, pelaksanaan sistem pengurusan kualiti juga termasuk aktiviti-aktiviti sokongan yang berkaitan merangkumi penyediaan sumber, latihan, penyelenggaraan aset, teknologi maklumat, pengendalian aduan, kewangan, perolehan dan sebagainya.

Perlukan bantuan kami? Sila dapatkan maklumat di sini

1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
  • Majlis Daerah Tapah
    Jalan Stesyen, 35000 Tapah, Perak Darul Ridzuan

  • 05-4011 326
  • 05-4012 288
  • mdt[at]mdtapah[dot]gov[dot]my
logoiso1@mdtapah2024
logoiso2@mdtapah2024

CERTIFIED TO ISO 9001:2015
CERT.NO : QMS 03996

Polisi Jabatan
Pautan Kerajaan
Paparan & Statistik Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozila Firefox, Chrome atau Edge yang terini. Kemaskini : 16/07/2025 | Jumlah Pelawat : 4953586

Hakcipta Terpelihara © 2025 Majlis Daerah Tapah

Muat Turun Borang