Dasar Perbandaran Negara

  • Utama
  • Dasar Perbandaran Negara

Dasar Perbandaran Negara merupakan dasar yang memandu dan menyelaras perancangan dan pembangunan perbandaran negara supaya lebih efisien dan sistematik khususnya bagi mengurus peningkatan jumlah penduduk bandar pada tahun 2020 dengan penekanan terhadap keseimbangan pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal di dalam bandar.

Dasar Perbandaran Negara akan dijadikan teras utama dalam semua aktiviti perancangan dan pembangunan bandar di Semenanjung Malaysia termasuk penyediaan rancangan-rancangan pemajuan di peringkat negeri dan tempatan. Dasar ini akan menggariskan perkara-perkara teras, dasar-dasar, langkah-langkah dan pelan tindakan perlaksanaan bagi menyelaras dan mengurus perbandaran negara.

Sila kunjungi http://www.townplan.gov.my untuk mengunjungi laman web rasmi Dasar Perbandaran Negara dan dapatkan maklumat lanjut.

Dasar Perbandaran Negara Kedua

Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN2) 2016-2025 disediakan bagi meneruskan langkah-langkah DPN 2006 yang masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya. DPN2 telah mengambil kira perkara-perkara berikut:

  • Dasar-dasar terkini Kerajaan Persekutuan dan Negeri;

  • Isu-isu perbandaran semasa;
  • Wawasan Negara;
  • Rancangan Malaysia Ke-11; dan
  • Dasar-dasar dan polisi-polisi luar negara yang disediakan seperti Eco2 Cities, COP15 Copenhagen, The Sustainable Development Goals (SDGs); The Global Competitiveness Report, New Urban Agenda (NUA) dan lain-lain yang berkaitan.

DPN2 merumuskan objektif-objektif pelaksanaan dan strategi-strategi yang mengambil kira perubahan yang telah berlaku dan yang dijangka akan berlaku bagi tempoh 2016-2025. Ia juga akan memperincikan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan oleh PBT, agensi kerajaan dan swasta serta NGO’s yang berkaitan. DPN2 juga telah meliputi Wilayah Persekutuan Labuan dan Negeri Sabah.

Perlukan bantuan kami? Sila dapatkan maklumat di sini

1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
  • Majlis Daerah Tapah
    Jalan Stesyen, 35000 Tapah, Perak Darul Ridzuan

  • 05-4011 326
  • 05-4012 288
  • mdt[at]mdtapah[dot]gov[dot]my
logoiso1@mdtapah2024
logoiso2@mdtapah2024
Polisi Jabatan
Pautan Kerajaan
Paparan & Statistik Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozila Firefox, Chrome atau Edge yang terini. Kemaskini : 15/07/2024 | Jumlah Pelawat : 4953559

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Tapah

Muat Turun Borang