Mengenai Kami

Latar Belakang

Majlis Daerah Tapah ( MDT ) telah ditubuhkan pada 01 September 1979 dan diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Perak No. PK.PU. 89/24.11.1979 dengan keluasan 179,078.80 hektar. la merangkumi kawasan di kiri dan kanan laluan utama dari sempadan Majlis Daerah Kinta Selatan hingga ke Trolak dan 10 rantai di kiri dan kanan jalan Sungkai/ Kampung Menderang, Sidor/Teluk lntan, Tapah/Cameron Highlands dan Temoh/Teluk lntan.Sebelum Majlis Daerah ditubuhkan, Daerah Satang Padang ini ditadbir dan diuruskan oleh beberapa Lembaga Sandaran serta Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan.

Kawasan-kawasan yang dimasukkan di bawah pentadbiran MDT setelah berkuatkuasanya pengwartaan tersebut ialah:-

  • Lembaga Bandaran Tapah
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Temoh
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Air Kuning
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Chenderiang
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Banir
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Tapah Road
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Bukit Pagar
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Bidor
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Sungkai
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Bidor Stesyen
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Kampung Coldstream
Pentadbiran ini telah menyusun semula dan mewujudkan 3 jenis kawasan. Kawasan-kawasan tersebut adalah:
  • Kawasan Penguatkuasaan (Adoption Area)

    Kawasan ini telahpun digezetkan dalam Plan Warta Daerah Tapah dan merupakan kawasan yang mempunyai potensi untuk diperluaskan.

  • Kawasan Perlaksanaan (Operational Area)

    Kawasan ini merupakan kawasan di mana Majlis menjalankan aktiviti-aktiviti sepenuhnya mengikut kehendak Akta. Kawasan ini mempunyai keluasan 53.58 hektar.

  • Kawasan Pengecualian (Exemption Area)

    Kawasan ini merupakan kawasan kampung-kampung Tradisional yang dikecualikan daripada bayaran cukai taksiran akan tetapi perkhidmatan Majlis diberi mengikut kemampuan. Bilangan kampong-kampung tradisional di dalam kawasan Majlis ini ialah 44 buah.

  • Jabatan Dalaman MDT

    Majlis Daerah Tapah mempunyai beberapa jabatan dan unit yang memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Seorang Ketua Jabatan dilantik mengikut perjawatan untuk mengawal dan mengawasi kakitangan bawahan mereka. Jabatan/Unit yang berkaitan adalah:

    1. Pejabat Yang Dipertua

    • Unit Audit Dalam
    • Unit Perundangan
    • Unit Pusat Setempat ( OSC )
    • Unit Korporat, Perhubungan Awam dan Pelancongan

    2. Jabatan Perancangan, Pembangunan dan Landskap

    3. Jabatan Perbendaharaan

    4. Jabatan Bangunan

    5. Jabatan Kawalan Bangunan

    6. Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

    7. Jabatan Khidmat Pengurusan

    8. Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran

    • Unit Pelesenan dan Sewaan
    • Unit Bersih Bandar
    • Unit Aman Bandar

    9. Jabatan Penguatkuasaan

Perlukan bantuan kami? Sila dapatkan maklumat di sini

1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
  • Majlis Daerah Tapah
    Jalan Stesyen, 35000 Tapah, Perak Darul Ridzuan

  • 05-4011 326
  • 05-4012 288
  • mdt[at]mdtapah[dot]gov[dot]my
logoiso1@mdtapah2024
logoiso2@mdtapah2024

CERTIFIED TO ISO 9001:2015
CERT.NO : QMS 03996

Polisi Jabatan
Pautan Kerajaan
Paparan & Statistik Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozila Firefox, Chrome atau Edge yang terini. Kemaskini : 20/12/2024 | Jumlah Pelawat : 4953560

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Tapah

Muat Turun Borang