PERMOHONAN UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi jawatan-jawatan berikut :-
| Bil |
Jawatan |
Kekosongan |
Taraf Jawatan |
| 1. |
Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1 |
1 |
Kontrak
(Tanpa Waran Jawatan Tetap)
|
| 2. |
Pembantu Khidmat Am Gred H1 |
2 |
Tetap |
Syarat Lantikan -
Keterangan lanjut mengenai syarat lantikan jawatan kosong yang diiklankan boleh didapati di laman Digital Perak: https://digital.perak.my/
Cara memohon
- Pemohon hendaklah memohon secara atas talian dengan melayari laman web https://digital.perak.my.
- Pemohon TIDAK PERLU mengemukakan sebarang salinan dokumen selepas mengisi secara ATAS TALIAN (ONLINE). Pihak Majlis hanya akan menghubungi calon-calon yang layak untuk ditemuduga sahaja. Pemohon yang tidak menerima apaapa jawapan dalam masa (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
- Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terakhir dan hanya perlu dibawa semasa Sesi Temuduga.
- Calon-calon yang layak dipanggil temuduga dikehendaki membawa dokumen asal dansalinan dokumen yang telah disahkan seperti Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-Sijil Persekolahan/Akademik yang telah disahkan dan lain-lain dokumen yang perlu dikemukakan.
Tarikh tutup permohonan: 13 hingga 31 Julai 2026
Sila muat turun iklan DISINI