PEMAKLUMAN PENAMATAN PENGGUNAAN KUPON FIZIKAL (BERGORES)
TEMPAT LETAK KERETA DALAM KAWASAN MAJLIS DAERAH TAPAH
Kepada pengguna yang dihormati, Adalah dimaklumkan bahawa penggunaan kupon bergoreh untuk tempat letak kereta akan ditamatkan bermula pada 1 JANUARI 2025. Langkah ini diambil selaras dengan pelaksanaan sistem pembayaran tempat letak kereta secara digital yang lebih efisien dan mesra pengguna.
Walau bagaimanapun, semua kupon bergores yang dimiliki masih boleh digunakan sehingga habis digunakan. Selepas tarikh tersebut, pembayaran hanya boleh dilakukan melalui aplikasi atau saluran pembayaran yang disediakan.
Kami menggalakkan semua pengguna untuk memuat turun aplikasi Park@Perak dan Flexi Parking atau melayari laman web kami di https://www.mdtapah.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kaedah pembayaran baru ini.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan, sila hubungi 05-4011326.
Kami menghargai kerjasama anda dan berterima kasih atas sokongan berterusan anda.