FUNGSI DAN PERANAN
Mengikut Seksyen 5 Akta 171, Majlis Daerah Tapah (MDT) merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berfungsi mengatur, mengawal dan merancang pembangunan serta kegunaan tanah dan bangunan di dalam kawasan tadbirnya. Diantara fungsi-fungsi MDT secara terperinci adalah:-
a. Merancang, membina dan menyelenggara kemudahan awam dan infrustruktur;
b. Menyelaraskan kemajuan projek-projek pembangunan
c. Menyediakan perkhidmatan pelupusan sisa pepejal;
d. Mengawasi kebersihan dan penguatkuasaan peraturan-peraturan kesihatan awam;
e. Pengurusan landskap dan pengindahan kawasan.
f. Menimbang dan meluluskan lesen-lesen perniagaan;
g. Menilai harta-harta dalam kawasan operasi.
h. Menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan serta kawalan terhadap penyakit bawaan vektor
i. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan-peraturan yang digunapakai oleh Majlis Daerah.
j. Merangka dan mengawal perbelajaan yang berhemah.
k. Memastikan kebersihan premis-premis makanan.