Unit Pusat Setempat( OSC )

Kembali ke Maklumat Jabatan

  • Carta Organisasi


  • Info OSC


    • Unit OSC akan menguruskan dengan cekap, teratur dan mematuhi semua peraturan dan berdasarkan kaedah permohonan yang ditetapkan merujuk kepada Manual OSC 3 Plus bagi menerima, menyemak, mendaftar dan mengedar permohonan cadangan pemajuan.
    • Unit OSC juga akan menerima, merekod, mengedarkan penerimaan, pemantauan diuruskan dengan sistematik berdasarkan proses pengurusan CCC yang ditetapkan merujuk kepada Manual OSC 3 Plus.
  • Fungsi Jabatan


    • Memberi khidmat nasihat perundingan kawalan pemajuan pelaksanaan pusat setempat.
    • Memantau status pemajuan yang telah diluluskan sehingga bangunan layak untuk diduduki.
    • Sebagai setiausaha kepada jawatankuasa pusat setempat.
    • Menyelaras dan memantau penerimaan permohonan pelan pemajuan bagi pertimbangan Jawatankuasa Pusat Setempat.
    • Mengetuai pelaksanaan pusat setempat di pihak berkuasa tempatan selaras dengan keperluan dasar yang ditetapkan.
  • Aktiviti Jabatan


    • Penerimaan dan penyelarasan edaran permohonan pelan-pelan pemajuan.
    • Mengurusetiakan mesyuarat OSC sebanyak 24 kali setahun.
    • Penyediaan, edaran keputusan mesyuarat dan kelulusan pelan-pelan pemajuan.
    • Notifikasi mula kerja binaan dengan penerimaan, merekod dan mengedarkan borang B (Mula Kerja Tanah dan Kerja Bangunan).
    • Notifikasi Pemeriksaan Interim I dan II (pemantauan tapak bina dan penerimaan serta pengedaran notifikasi pemeriksaan interim).
    • Notifikasi Pemeriksaan Akhir I dan II (penerimaan salinan notifikasi pemeriksaan akhir).
    • Pendepositan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) (penerimaan deposit dan pengedaran CCC).

Read more: Unit Pusat Setempat( OSC )

  • Hits: 549

Unit Perundangan

Mengenai Kami

Unit Perundangan

Kembali ke Maklumat Jabatan

  • Carta Organisasi


  • Objektif


    Meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan MDT melalui:-

    • Pengurusan dan pentadbiran yang efisyen berteraskan teknologi maklumat terkini.
    • Mengamalkan sikap profesionalisme semasa menjalankan tugas.
    • Melahirkan masyarakat yang komited, berdisiplin, mengetahui, memahami, mematuhi dan menghormati undang-undang MDT dan keseluruhan undang-undang yang lain
    • Berusaha memupuk kesedaran dan pendidikan ke atas orang ramai supaya bertanggungjawab terhadap semua aspek kehidupan di kawasan Majlis dengan selesa dan sejahtera.
    • Menyediakan Undang-Undang dan peraturan yang cukup untuk kegunaan MDT dan warga Tapah
    • Memberi kefahaman Undang-Undang kepada kakitangan MDT supaya tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan teratur dan terkini.
    • Menyediakan bahan-bahan bacaan dan rujukan yang mencukupi bagi urusan pentadbiran MDT.
    • Mengemaskini semua Undang-Undang dan peraturan MDT dari masa ke semasa.
  • Piagam Pelanggan


    • Menyelesaikan aduan awam mengenai penguatkuasaan undang-undang kecil dalam tempoh 7 hari.
    • Memastikan penduduk-penduduk setempat patuh kepada undang-undang kecil bangunan seragam.
    • Memastikan pengendali makanan mematuhi peraturan pelesenan mengikut undang-undang kecil pelesenan establisymen makanan.
    • Memastikan penduduk-penduduk setempat patuh kepada undang-undang kecil kebersihan awam.
    • Memastikan bahawa semua tindakan penguatkuasaan dan tindakan mahkamah yang diambil adalah adil, tegas, bertimbang rasa, bijaksana dan bersesuaian dengan peruntukan undang-undang

Read more: Unit Perundangan

  • Hits: 362

Jabatan Pelesenan

Kembali ke Maklumat Jabatan

  • Carta Organisasi


  • Info Jabatan Perlesenan


    • Unit Pelesenan dan Sewaan adalah sebuah unit yang berfungsi terhadap kawalan perniagaan yang terlibat di dalam pengendalian, pengeluaran lesen perniagaan, penjaja, sewaan premis kerajaan (gerai/meja pasar/bangunan kedai) dan tindakan penguatkuasaan terhadap semua aktiviti perniagaan di dalam kawasan Daerah Tapah.
    • Unit ini mengeluarkan lesen premis perniagaan, iklan, hiburan, penjaja, peniaga pasar sehari / malam, lesen minuman keras, lesen pelbagai dan sewaan harta serta menguatkuasakan undang-undang yang digunapakai oleh unit ini.
  • Fungsi Jabatan


    • Memproses dan mengeluarkan lesen perniagaan yang merangkumi lesen penjaja, lesen premis, lesen iklan, lesen hiburan, lesen minuman keras dan lesen pelbagai (bunting/sepanduk, permit perniagaan sementara, bazar Ramadan).
    • Bertanggung jawab memberi ulasan dan sokongan terhadap permohonan lesen minuman keras, barang lusuh, tadika, taska, snooker, karaoke, penjualan bunga api.
    • Melaksanakan penguatkuasaan pematuhan syarat lesen terhadap lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan.
    • Merancang keperluan dan pusat penjaja yang seragam, teratur dan serba lengkap bagi mewujudkan sistem perniagaan kecil yang lebih sistematik dan bertaraf tinggi.
    • Melaksanakan kutipan hasil melalui Fi lesen, Sewaan Gerai, Meja Pasar dan Bangunan Kedai milik MDT.

Read more: Jabatan Pelesenan

  • Hits: 435

Unit Audit Dalam

Kembali ke Maklumat Jabatan

  • Carta Organisasi

  • Info Unit Audit Dalam


    Jabatan Audit Dalam Majlis Daerah Tapah diwujudkan mulai 01 Januari 2010 adalah bertanggungjawab untuk memastikan kawalan dalaman majlis sentiasa dipertingkatkan dengan membuat beberapa penilaian serta kajian ulangan ke atas operasi-operasi dan rekod-rekod Majlis.

    Jabatan ini adalah satu unit berasingan yang ditubuhkan di bawah kuasa pentadbiran dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada Ketua Agensi bermaksud Tuan Yang Dipertua dan Setiausaha Majlis.

  • Visi & Misi


    • VISI

      Untuk menjadi penyumbang utama ke arah meningkatkan keberkesanan proses tadbir urus serta pengurusan kewangan yang berkauntabiliti.

    • MISI
      Melaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas bagi mencapai visi untuk meningkatkan keberkesanan proses tadbir urus serta akauntabiliti dalam pengurusan kewangan di Majlis Daerah Tapah.
  • Fungsi Jabatan


    • Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar undang undang peraturan dan arahan yang berkuatkuasa.
    • Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat cekap dan berkesan
    • Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan penipuan dan penyelewengan
    • Memberi khidmat nasihat atau pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk ICT
    • Melaporkan kepada pihak pengurusan hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan
    • Menyediakan Rancangan Audit Tahunan dan Laporan Audit Tahunan untuk kelulusan pihak Pengurusan
  • Aktiviti Jabatan


    • Mengkaji keboleh percayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi.
    • kerja, penyeliaan secara berterusan yang dijalankan oleh pihak pengurusan.
    • Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa.
    • Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
    • Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dan dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan.
    • Memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT.
    • Menguruskan Sistem Penarafan Bintang dan ISO MS 9001:2015 Majlis Daerah Tapah
    • Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan:
       Menguruskan Failing mengikut kriteria
       Mesyuarat Pemantauan SPB-PBT
       Pengauditan SPB-PBT
       Penyelia sepanjang audit SPB-PBT oleh KPKT

    • ISO MS 9001:2015
       Mengurus Pelantikan Konsultan
       Mengurus Kursus/Bengkel ISO

    • Mengemukakan Rancangan Audit Tahunan dan program Audit Dalam
       Jadual Rancangan Audit Tahunan hendaklah disediakan berasaskan keutamaan audit.
       Sebarang perubahan yang ketara daripada jadual yang telah diluluskan perlu dimaklumkan kepada Ydp.

    • Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit Dalam
      pandangan untuk pembaikan atau peningkatan dan menambah nilai.
       Tindakan susulan telah diambil di atas penemuan-penemuan audit yang penting.
       Peningkatan keberkesanan dan kelicinan operasi, hasil daripada tindakan audit.
       Perancangan kerja-kerja audit.
       Halangan-halangan yang dihadapi dalam melaksanakan auditan

Read more: Unit Audit Dalam

  • Hits: 458

Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Utara & Selatan

Kembali ke Maklumat Jabatan

  • Carta Organisasi


  • Fungsi Jabatan


    • Mengatur dan menyelaras kerja-kerja pencegahan dan kawalan terhadap penyakit bawaan vektor iaitu pengesanan kes,rawatan dan semburan.
    • Mengambil tindakan pencegahan dan pengawalan supaya kejadian penyakit tidak berulang.
    • Bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan stok di dalam stor termasuk bekalan racun dan peralatan.
    • Mengatur dan menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan mengenai pencegahan dan kawalan penyakit.
    • Meningkatkan tahap kebersihan makanan dan kebersihan premis.
    • Merancang, mengurus, memantau dan melaksanakan kutipan sisa pepejal.
    • Merancang, mengurus, memantau dan melaksanakan pembersihan awam.
    • Merancang, mengurus, memantau kerja penyelenggaraan tapak pelupusan sampah.

Read more: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Utara & Selatan

  • Hits: 348

Perlukan bantuan kami? Sila dapatkan maklumat di sini

1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
  • Majlis Daerah Tapah
    Jalan Stesyen, 35000 Tapah, Perak Darul Ridzuan

  • 05-4011 326
  • 05-4012 288
  • mdt[at]mdtapah[dot]gov[dot]my
logoiso1@mdtapah2024
logoiso2@mdtapah2024
Polisi Jabatan
Pautan Kerajaan
Paparan & Statistik Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozila Firefox, Chrome atau Edge yang terini. Kemaskini : 15/07/2024 | Jumlah Pelawat : 4953559

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Tapah

Muat Turun Borang