Membuat lawatan tapak dan penyediaan laporan teknikal bagi pelan Pembangunan seperti Pelan Kerja Tanah, Pelan Jalan dan Perparitan, Pelan Bangunan serta Pelan Lampu Jalan.
Membuat kerja pemeriksaan tapak dan pemantauan pelaksanaan projek pembangunan untuk memastikan pematuhan syarat teknikal dipenuhi oleh pemohon.
Membuat perakuan untuk pemberhentian pelaksanaan projek pembangunan yang tidak mematuhi syarat dan menimbulkan kacauganggu kepada penduduk dan persekitaran.
Mendaftar, merekod dan mengemaskini pembayaran serta pengeluaran permit.
Menyediakan pengeluaran permit mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan 1984 bagi permit kerja-kerja kecil, permit meletak bahan binaan, permit bangsal sementara, permit khemah, permit awning, permit tapak parkir dan permit papan tanda tunjuk arah/ informasi.
Unit Marris
Menyediakan senarai perancangan projek-projek di bawah peruntukan MARRIS
Menyediakan, mengawal dan mengemaskini daftar, rekod penyelenggaraan jalan (MARRIS)
Menyediakan dokumen Sebutharga/ Tender bagi sesuatu projek, penilaian/ perakuan untuk kertas kerja Jawatankuasa Sebutharga/ Tender
Membuat seliaan dan pengawasan setiap projek yang dilaksanakan serta pemantauan kerja di tapak
Membuat pengesahan siap kerja sesuatu projek dan perakuan pembayaran mengikut inden/ kontrak kerja yang ditawarkan.
Perlukan bantuan kami? Sila dapatkan maklumat di sini