Jabatan Penguatkuasaan

  • Carta Organisasi


  • Pengenalan


    • Bahagian Penguatkuasaan telah ditubuhkan pada 1 november 1991 dengan kekuatan anggota seramai 4 orang anggota di bawah pentadbiran Jabatan Khidmat Pengurusan.
    • Pada tahun 1993, Bahagian Penguatkuasaan telah digabungkan dengan bahagian undang-undang untuk dijadikan sebagai sebuah jabatan baru iaitu Jabatan Undang-undang.
    • Pada tahun 2005, Bahagian Penguatkuasaan telah dinaik taraf menjadi sebuah jabatan dan kini Jabatan Penguatkuasaan ditadbir oleh Seorang Penolong Pegawai Penguatkuasa, dibantu oleh Seorang Pembantu Penguatkuasa Kanan dan 15 orang “jentera pengerak” bagi merealisasikan semua fungsi dan objektif untuk mencapai visi dan misi jabatan.
  • Objektif


    • Menguatkuasakan undang-undang yang digunapakai dengan adil, tegas dan berhemah.
    • Mengamalkan pendekatan bersifat mesra dan mendidik dalam menjalankan tugas.
    • Mewujukan persekitaran kerja yang bebas dari perkara yang bertentangan dengan peraturan Majlis demi menjamin keselesaan dan ketenteraman penduduk.
    • Memberi kesedaran terhadap pematuhan undang-undang serta melaksanakan tindakan penguatkuasaan untuk warga di bawah pentadbiran Majlis Daerah Tapah bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk dan menaikkan imej Majlis selaras dengan dasar yang telah ditetapkan.
  • Misi dan Visi


    VISI

    Menjadi sebuah jabatan penguatkuasaan yang berintegriti, berteknologi sejajar dengan visi dan misi Majlis Daerah Tapah

    MISI

    Meningkatkan mutu penguatkuasaan undang-undang yang digunapakai oleh Majlis Daerah Tapah berlandaskan prinsip Tegas, Mesra, Berhemah demi kesejahteraan Warga Majlis Daerah Tapah

  • Info Jabatan


    Jabatan Penguatkuasaan Majlis Daerah Tapah berperanan dalam menguatkuasakan undang-undang selaras dengan peruntukan Akta,Undang-Undang Kecil dan perintah-perintah berkaitan yang telah diwartakan serta yang digunapakai oleh Majlis. Jabatan ini dibahagikan kepada 3unit utama iaitu Unit Rondaan, Unit Haiwan Merayau dan Unit Tempat Letak Kereta mengikut fungsi dan tanggungjawab yang berkaitan

  • Fungsi Dan Aktiviti


    • Melaksanakan tugas penguatkuasaan undang-undang di bawah peruntukan Akta dan Undang-Undang Kecil yang digunapakai.
    • Mendidik dan meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai undang-undang yang digunapakai oleh Majlis Daerah Tapah melalui aktiviti penguatkuasaan.
    • Memastikan keadaan persekitaran Kawasan Majlis Daerah Tapah bersih dan teratur dengan menjalankan pemeriksaan dan rondaan berkala.
    • Menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas aduan awam berkaitan pelanggaran undang-undang Majlis Daerah Tapah.
    • Mengeluarkan notis dan tawaran kompaun bagi kesalahan-kesakahan dibawah undang-undang Majlis Daerah Tapah.
    • Menguatkuasakan undang-undang bagi kesalahan melibatkan lalulintas, Tempat Letak Kereta di kawasan Majlis Daerah Tapah serta kenderaan yang menghalang lalulintas.
    • Menyediakan kertas siasatan untuk tindakah mahkamah bagi kes tunggakan pembayaran kompaun.
    • Melaksanakan tindakan mengalih, meroboh dan menyita apa jua halangan dan kacauganggu.
    • Membanterasa pertumbuhan peniaga-peniaga yang berniaga tanpa kebenaran Majlis Daerah Tapah.
    • Bekerjasama dengan Jabatan atau bahagian lain dalam membuat tindakan penguatkuasaan.
    • Melaksanakan tindakan operasi bersepadu dengan Jabatan luar dalam menjalankan penguatkuasaan.

Perlukan bantuan kami? Sila dapatkan maklumat di sini

1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
  • Majlis Daerah Tapah
    Jalan Stesyen, 35000 Tapah, Perak Darul Ridzuan

  • 05-4011 326
  • 05-4012 288
  • mdt[at]mdtapah[dot]gov[dot]my
logoiso1@mdtapah2024
logoiso2@mdtapah2024
Polisi Jabatan
Pautan Kerajaan
Paparan & Statistik Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozila Firefox, Chrome atau Edge yang terini. Kemaskini : 15/07/2024 | Jumlah Pelawat : 4953559

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Tapah

Muat Turun Borang