MENU

Pasukan

Info Sukan

Majlis Daerah Tapah sedang menganjurkan Kejohanan Sukan Antara Jabatan Kerajaan Dan Masyarakat Daerah Batang Padang Tahun 2013. Sukan ini adalah yang julung-julung kali diadakan di peringkat Daerah Batang Padang yang melibatkan masyarakat dan  jabatan kerajaan. Kejohanan ini bermula pada 18 Mac 2013 sehingga 15 April 2013 yang melibatkan 8 jenis sukan iaitu Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Tampar, Sepak Takraw, Ping Pong, Badminton, Dart  dan Karom. Semua pertandingan akan diadakan pada hari bekerja sahaja iaitu selepas jam 5.00 petang kecuali bagi sepak takraw yang diadakan pada hari sabtu. Kejohanan kali ini disertai dari pasukan-pasukan berikut:

  1. Masyarakat Parlimen Tapah
  2. Masyarakat Parlimen Tg. Malim
  3. Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang + Slim River
  4. Majlis Daerah Tapah
  5. Majlis Daerah Tg. Malim
  6. PDRM
  7. Jabatan Kerja Raya
  8. Pejabat Pelajaran Daerah
  9. Pasukan Gerakan Am, Bidor
  10. Penjara, Tapah

Kemaskini Terakhir: Khamis, 2 November 2017 - 8:27am