MENU

  Ladang Herba

 

Projek herba ini dilaksanakan sebagai menyahut saranan kerajaan supaya perusahaan herba di Malaysia diperbesarkan bagi menampung keperluan dalam dan juga eksport. Peningkatan penggunaan produk herba ini adalah kerana meningkatnya kesedaran orang ramai terhadap kebaikan penggunaan produk herba kepada kesihatan. Kajian juga menunjukkan rakyat Malaysia menggunakan sebanyak hampir RM2 billion produk herba di mana sebahagian besar dari sumber herba ini sama ada dalam bentuk separuh proses atau mentah adalah datangnya dari negara luar. Kumpulan PPPNP melalui anak syarikatnya iaitu Global Herba (Perak) Sdn. Bhd. telah memulakan penanaman herba di Sungkai, Perak pada tahun 1998. Selain projek tersebut,  satu projek semaian herba juga diusahakan di tapak Semaian Sungai Selinsing, Tapah.