MENU

Padang GolfPadang Golf

Kelab Golf Batang Padang yang terletak kira-kira 72 kilometer dari Ipoh dan 130 kilometer dari Kuala Lumpur, di sekitar bandar Bidor adalah kegemaran para pemain golf dengan tawaran program yang mencabar. Kebanyakan ciri-ciri padang golf adalah medan berbukit tasik dan pokok untuk menambahkan sensasi tetapi Kelab Golf Batang Padang ini adalah lebih mencabar dengan banyak tanaman pokok yang besar. Kelab Golf ini dibina pada tahun 1985 dan dibuka secara rasmi pada tiga tahun kemudian.Walaupun kelab golf ini agak kecil berbanding kelab golf yang lain, program ‘cow grass covered’ dipelihara dengan baik untuk keselesaan pemain golf. Berbagai dataran tinggi utama di latar belakang memberikan permandangan panorama di kelab golf ini. Pengunjung akan terpesona dengan pemandangan indah dari Blue Mountains.

Alamat: d/a Jalan Lapangan Terbang Bidor,
Batu 43 1/2 Bidor,
35000
Perak
Tel: +605 434 2164