MENU

TAWARAN MENGISI KEKOSONGAN GERAI SEWAAN MAJLIS DAERAH TAPAH

1. Tawaran adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Daerah Batang Padang untuk memohon menyewa gerai Majlis Daerah Tapah seperti berikut:-

BIL

LOKASI GERAI

NO. PREMIS

JENIS PERNIAGAAN

1.

Gerai Pusat Medan Jambu Bidor

No.4 & 16

Pelbagai

2.

Meja Ikan Pasr Awam Bidor

No.78

Ikan

3.

Gerai R & R Temoh

No.3

Makanan/ Minuman

4.

Meja Sayur Pasar Awam Sungkai

No.16 & 18

Sayur

5.

Meja Ikan Pasar Awam Tapah

No.25 & 28

Ikan

6.

Meja Sayur Pasar Awam Tapah Road

No.5, 6 7 & 8

Sayur

7.

Meja Ikan Pasar Awam Tapah Road

No.3

Ikan

8.

Meja Ayam & Pusat Sembelih Pasar Awam Tapah Road

No.4

Ayam

2. Syarat utama yang peru diketahui dan diambil perhatian oleh pemohon adalah seperti berikut:-

  • Mempunyai Pengalaman:
  • Berupaya membayar sewa bulanan yang dikenakan;
  • Mempunyai modal yang mencukupi;
  • Bersedia mematuhi arahan-arahan Majlis dari masa ke semasa.

3. Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Bahagian Sewaan, Jabatan Pelesenan dengan bayaran proses permohonan@RM5.00. Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan dengan :-

  • 1 Salinan Kad Pengenalan
  • 1 Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan
  • 1 Keping Gambar Berukuran Passport
  • 1 Salinan Penyata Akaun Bank/Buku Simpanan

4. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Bahagian Sewaan, Jabatan Pelesenan pada atau sebelum pada 31.1.2017(SELASA) sebelum 4.00 petang ke alamat :-

BAHAGIAN SEWAAN, JABATAN PELESENAN,
MAJLIS DAERAH TAPAH
35000 TAPAH,
PERAK DARUL RIDZUAN.

TEL : 05-4011326/2396 Ext. 239

5. Borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak. Sekiranya tidak mendapat jawapan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan ini ditutup, hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 24 November 2017 - 9:58am