MENU

                            Ruj.Kami : MDT(PKD)7/9/2001 (53)

 

MAJLIS DAERAH TAPAH

PERMOHONAN UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG

  • Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan keutamaan kepada Warganegara Malaysia (Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sahaja) termasuk Pegawai-Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-

           

Bil  

JAWATAN

GRED

TARAF

KEKOSONGAN

1.

PEGAWAI TADBIR (KEJURUTERAAN)

N41

Tetap

1

2.

PEMANDU KENDERAAN

H11

Tetap

1

BORANG JAWATAN KOSONG

SKIM PEGAWAI TADBIR (KEJURUTERAAN) N41

SKIM PEMANDU KENDERAAN H11

 

Cara permohonan :

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang MDT.(PKDM) – 1 yang boleh dimuat turun (download)  melalui laman web Majlis Daerah Tapah secara PERCUMA

Keterangan lanjut mengenai syarat lantikan jawatan kosong yang diiklankan boleh didapati di portal rasmi Majlis Daerah Tapah : www.mdtapah.gov.my

Semua dokumen hendaklah di hantar kepada :

Yang Dipertua

Majlis Daerah Tapah

Jalan Stesyen

35000 Tapah

Perak Darul Ridzuan

  • Tarikh tutup permohonan : 21 MEI 2018
  • Permohonan akan DITOLAK sekiranya :
  • Tidak lengap atau tidak jelas
  • Tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.

 

Catatan Am

  • Sila kemukakan borang permohonan beserta salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Resume, Sijil Persekolahan (SPM/ PMR), sijil-sijil berkaitan dengan jawatan dan sekeping gambar berukuran pasport (dilekatkan di atas borang permohonan).
  • Pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini.
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga
  • Permohonan yang Berjaya ditemuduga hendaklah membawa bersama dokumen asal sebagai rujukan pihak MDT.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.